Thursday, August 26, 2010

Filem 2012


Semasa cuti semester berada di penang, saya ingin menonton filem 2012 dengan kawan saya. Manakala, saya menyakiti deman yang serius sehingga tidak dapat pergi. Sebab itu, saya terpaksa download daripada internet dengan menonton sendiri di bilik saya.

Filem 2012 adalah filem yang menggambarkan kehancuran Bumi. Filem ini dibintangi oleh John Cusack, Amanda Peet dan Danny Glover.



Plot filem 2012

Dari dulu lagi kaum Mayan sudah meramal bahawa 2012 adalah pengakhiran dunia iaitu pada 21/12/2012. Detik itu juga hampir pasti apabila pihak NASA (National Aeronautics and Space Administration) mengesahkan akan berlaku perubahan polar yang akan membawa bencana besar. Namun, kerajaan berjaya menyimpan rahsia dan berjaya membuatkan rakyat dunia menjalani kehidupan biasa tanpa ragu-ragu.

Pada 2012, pemimpin dunia telah berbincang bagaimana untuk menyelamatkan seberapa ramai penduduk dunia dari bencana ini. Namun, secara logiknya, ia tidak mungkin terjadi! Apabila Jackson Curtis ( John Cusack) dan dua anaknya membuat lawatan keluarga ke Yellowstone, mereka terserempak dengan makmal rahsia yang menyimpan pelbagai ramalam mengenai bencana ini yang dirahsiakan oleh kerajaan.

Jackson Curtis (John Cusack) terpaksa bergerak sendiri bagi menyelamatkan diri dan keluarga daripada bencana ini. Tetapi..................................................

Saksikan sendiri! Apa yang dapat dikatakan, cuba anda bayangkan tsunami, gempa bumi, gunung berapi dan pelbagai bencana lain berlaku serentak.

Penghakiman Filem 2012

Filem 2012 ini tidak jauh beza dengan filem bencana besar di bumi, seperti The Day After Tomorow (2004). Tetapi dalam banyak hal, filem 2012 jauh lebih hebat dan dahsyat penggambarannya.

Filem 2012 membolehkan kita menggambarkan bagaimana dunia hancur kerana kekuatan alam yang amat dahsyat. Selain itu, banyak elemen keinsafan ditonjolkan dalam filem ini. Contohnya,

Filem ini mengingatkan kita , yang semua milik kita tidak hakiki, kekal dan abadi. Bila sudah ditakdirkan-Nya dan alam sudah 'mengamuk', manusia tidak berdaya melawan meskipun kita sudah bersedia.

Dan yang manis filem ini memberi kesedaran, tak payahlah bergaduh kerana manusia itu bersaudara. Saat menghadapi bencana dahsyat meragut nyawa, tak ada lagi si kaya dan si miskin, tak ada kelompok bangsa, agama dan sempadan.

Tapi seperti banyak hal yang lain, hanya apabila bencana tiba, barulah menyesalan akan datang. Tapi sayang sekali, semuanya sudah terlambat kerana kiamat boleh berlaku pada bila-bila masa saja.

Pada pendapat saya, saya rasa filem 2012 wajar ditonton kerana teknik yang digunakan dalam filem ini sangat hebat seperti gerakan kamera dan sound effect.

2 comments:

  1. ulasan yang menarik... filem ni jugak menarik untuk ditonton

    ReplyDelete
  2. selamat sejahtera...
    filem ini sangat menarik. filem ini meningati penghuni bumi ini supaya menjaga bumi ini. kita haruslah menjaga bumi ini. Jika kita masih tidak menjaga bumi ini, hal yang ditayang dalam filem ini adalah berkemungkinan akan berlaku pada 2012 nanati...
    sekia...

    ReplyDelete