Saturday, October 16, 2010

Ulasan Artikel Yang Bertajuk: "Mencari Dinamik Politik Kampus"

Disediakan oleh: Tio Thai Lin (127498)
Pemerengganan Dan Teknik Menstruktur Idea
1.Ayat tesis
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.
2. Ayat topik
-Ayat topik boleh diletakkan pada bahagian -bahagian tertentu dalam perenggan.
Kedudukan ayat topik
a).Perenggan deduktif
Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM)................... Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.
b).Perenggan induktif
Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding................................. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam linkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.
c).Perenggen deduktif kompleks
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalm pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalm menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh......... Dalam konteks di institusi pengajian tinggi (IPT), kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entiti yang bebas dan tidak terikat pada mana-mana pihak, .....................................
3. Perenggan pengenalan
-Teknik yang digunakan adalah Kontras Keadaan
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. .......................................... Sebagai entiti yang bebas dan tidak terikat pada mana-mana pihak, pernyataan suara dan pandangan mereka sentiasa kedengaran melewati pelbagai isu sehinggalah menyentuh soal kepemimpinan negara.
4.Perenggan penutup
Perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki. .......................................... Kepada ahli MPP yang berjaya dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan..........................Pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar atau apa jua juga yang terkandung dalam manifesto.......................... Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan.
5. Perenggan transisi (ada)
Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui.
6. Perenggan dialog (tak ada)
7. Ciri-ciri perenggan yang baik
a). Kepautan
Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal. Perbezaan pandangan dan hujah dalam persaingan untuk meraih sokongan misalnya adalah sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan Mpp saban tahun.
b). Kesatuan
Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah sati proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. Di sinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin.
c). Kejelasan
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

8. Teknik menstruktur idea

a).Teknik petikan

Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi................................. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan, ia pasti mengundang masalah.

b).Teknik analisis

Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPp kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalamlinkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

c).Teknik perbandingan

Kepada ahli MPP yang berjaya dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggungjawab ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan..........................Pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlahpenutupan kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar atau apa juga yang terkandung dalam manifesto..................