Thursday, August 26, 2010

Filem 2012


Semasa cuti semester berada di penang, saya ingin menonton filem 2012 dengan kawan saya. Manakala, saya menyakiti deman yang serius sehingga tidak dapat pergi. Sebab itu, saya terpaksa download daripada internet dengan menonton sendiri di bilik saya.

Filem 2012 adalah filem yang menggambarkan kehancuran Bumi. Filem ini dibintangi oleh John Cusack, Amanda Peet dan Danny Glover.



Plot filem 2012

Dari dulu lagi kaum Mayan sudah meramal bahawa 2012 adalah pengakhiran dunia iaitu pada 21/12/2012. Detik itu juga hampir pasti apabila pihak NASA (National Aeronautics and Space Administration) mengesahkan akan berlaku perubahan polar yang akan membawa bencana besar. Namun, kerajaan berjaya menyimpan rahsia dan berjaya membuatkan rakyat dunia menjalani kehidupan biasa tanpa ragu-ragu.

Pada 2012, pemimpin dunia telah berbincang bagaimana untuk menyelamatkan seberapa ramai penduduk dunia dari bencana ini. Namun, secara logiknya, ia tidak mungkin terjadi! Apabila Jackson Curtis ( John Cusack) dan dua anaknya membuat lawatan keluarga ke Yellowstone, mereka terserempak dengan makmal rahsia yang menyimpan pelbagai ramalam mengenai bencana ini yang dirahsiakan oleh kerajaan.

Jackson Curtis (John Cusack) terpaksa bergerak sendiri bagi menyelamatkan diri dan keluarga daripada bencana ini. Tetapi..................................................

Saksikan sendiri! Apa yang dapat dikatakan, cuba anda bayangkan tsunami, gempa bumi, gunung berapi dan pelbagai bencana lain berlaku serentak.

Penghakiman Filem 2012

Filem 2012 ini tidak jauh beza dengan filem bencana besar di bumi, seperti The Day After Tomorow (2004). Tetapi dalam banyak hal, filem 2012 jauh lebih hebat dan dahsyat penggambarannya.

Filem 2012 membolehkan kita menggambarkan bagaimana dunia hancur kerana kekuatan alam yang amat dahsyat. Selain itu, banyak elemen keinsafan ditonjolkan dalam filem ini. Contohnya,

Filem ini mengingatkan kita , yang semua milik kita tidak hakiki, kekal dan abadi. Bila sudah ditakdirkan-Nya dan alam sudah 'mengamuk', manusia tidak berdaya melawan meskipun kita sudah bersedia.

Dan yang manis filem ini memberi kesedaran, tak payahlah bergaduh kerana manusia itu bersaudara. Saat menghadapi bencana dahsyat meragut nyawa, tak ada lagi si kaya dan si miskin, tak ada kelompok bangsa, agama dan sempadan.

Tapi seperti banyak hal yang lain, hanya apabila bencana tiba, barulah menyesalan akan datang. Tapi sayang sekali, semuanya sudah terlambat kerana kiamat boleh berlaku pada bila-bila masa saja.

Pada pendapat saya, saya rasa filem 2012 wajar ditonton kerana teknik yang digunakan dalam filem ini sangat hebat seperti gerakan kamera dan sound effect.

Saturday, August 14, 2010

Bahasa figuratif yang terdapat dalam karya

1. Metonomi
Contoh: ku ingin berdiri dengan kaki sendiri ku

2. Unsur Perulangan
-Epistfora
Contoh: tapi rasa takut kepada tu
rasa risau terhadap tu

3. Simile
Contoh: ingatan ibubapa bak semangat ku

4. Sinekdoki
Contoh: kata tu dimula tanpa sedia ku

5. Unsur Perulangan
-Anafora
Contoh: tentukan impian ku
tentukan jiwa ku

Ciri-ciri Penulisan Kreatif

1. Menggunakan Ragam Aktif
Saya telah menggunakan ayat yang pendek dalam sajak saya.
Contoh: semangat ku, tenaga ku

2. Bersifat Komunikatif
Saya cuba menggambarkan apa yang dirasai dan dialami oleh saya
semasa berdikari.
Contoh: sakit terbaliknya jadi tenaga ku

3. Menggunakan Wacana Pelukisan
Saya telah menggunakan ciri ini menggambarkan perasaan dan
pengalaman saya.
Contoh: tentukan impian ku, tentukan jiwa ku

4.Memilih Diksi Secara Berhati-hati
Saya telah menggunakan kata-kata yang dapat memberi maksud yang
ingin disampaikan.
Contoh:ku ingin berdiri dengan kaki sendiri ku

5.Bernada Puitis
Saya telah menggunakan kata-kata lembut untuk menimbulkan
kesan keindahan kepada gambar yang diberikan.
Contoh:
ku ingin berdiri dangan kaki sendiri ku
tapi rasa takut kepada tu
rasa risau terhadap tu
kata tu dimula tanpa sedia ku

Sunday, August 1, 2010

Berdikari ku

ku ingin berdiri dengan kaki sendiri ku
tapi rasa takut kepada tu
rasa risau terhadap tu
kata tu dimula tanpa sedia ku
ingatan ibubapa bak semangat ku
sakit terbaliknya jadi tenaga ku
sebab tu
tentukan impian ku
tentukan jiwa ku